Wednesday, February 18, 2009

Tips Rumahtangga Bahagia

Setelah membaca karya ini, saya amat terpanggil untuk berkongsi beberapa tips bagi menumpaskan musuh utama semua rumahtangga. Oh, bukannya orang ketiga seperti anak dara seksi di rumah seberang atau bujang lapuk yang suka separuh bogel membasuh kereta di hadapan isteri anda. Racun perosak, makhluk perosak dan yang seangkatan dengan mereka lah!

Bagi mereka yang perlukan pertolongan yang lebih grafik: ya, lipas, tikus, nyamuk, dan segala macam binatang kecil yang busuk, suka curi makanan atau merosakkan barangan di rumah kediaman tergolong dalam golongan yang membinasakan dan perlu dibinasakan. Jangan biarkan mereka berleluasa, itu yang pasti. Anda harus proaktif sebelum mereka mengawal rumahtangga anda.

Saya menyaksikan sendiri kerakusan Cik Ti menggigit talian telefon, baju-baju serta meninggalkan roti yang berlubang. Jangan sesekali anda cuba tunjuk pandai dan makan sisa Cik Ti, kerana anda boleh dijangkiti penyakit berjangkit dan betul-betul menjadi kurang celik.

Sepanjang (hampir) 20 tahun membesar dalam iklim khatulistiwa, saya telah menderma-paksa darah melebihi ukuran liter yang disyorkan oleh Tabung Derma Darah Malaysia (atau apa entah nama betulnya) yang mempunyai ibu pejabat di Jalan Tun Abdul Razak. Semuanya tanpa belas kasihan telah diambil oleh Cik Muk. Saya pasti anda semua yang juga membesar di tanah tropikal seperti Malaysia pernah merasa benci terhadap Cik Muk yang tidak jemu menganggu.

Dan Cik Li? Ya, Cik Li sering menyebabkan ramai yang hilang suara apabila kehadiran Cik Li menyebabkan anak tekak terpekik dan melolong. Saya kurang faham mengapa kehadiran Cik Li boleh menyebabkan tindakan sistem Sympathetic (degupan jantung laju, otot rangka bersedia untuk panjat kerusi) sebegitu sekali tapi saya bersetuju bau Cik Li memang kurang menyenangkan, kadang kala mengalahkan bau badan budak hanyir yang tidak mandi ketika perhimpunan sekolah. Okay, mungkin tidak. Perkara kedua terlampau menggerunkan.

Ah, marilah kita berbalik kepada tips-tips cemerlang yang saya janjikan. Bagaimana untuk mencapai kepuasan maksima menghapuskan kaum bangsat ini? Senang sahaja. Ikuti pembongkaran berikutan. Oh, sebelum itu, biarlah saya umumkan disini bahawa kesemua metodologi benar-benar berkaitan dengan orang yang masih lagi hidup, dan orang yang ada kaitan dengan saya. Jadi, sebarang rujukan sila lakukan kepada mereka yang berkenaan.

*****

Anda vs Cik Ti
Malam-malam sebelum tidur, sediakan perangkap tikus yang boleh dibeli dari kedai apek Apeng atau kedai runcit koman. Hendak-hendaknya yang flimsy (maaf, tidak tahu perkataan Melayu yang sesuai) dan nampak kurang memberangsangkan agar dapat menipu Cik Ti yang semakin hari semakin pandai kerana evolusi (saya tidak percaya kesemua tahi Darwin ini, nanti kita boleh bincang, tapi ayat ini bunyinya lebih sedap dengan perkataan saintifik seperti evolusi).

Jangan letakkan keju, itu hanya penipuan media barat yang mahu mempromosi produk tenusu mereka. Sebaliknya, letakkan sebarang makanan yang anda paling suka. Jika nasi lemak yang dibeli di hadapan sekolah berdekatan, itulah yang sebaik-baiknya. Ini kerana Cik Ti sangat pandai memilih makanan yang dia tahu digemari oleh penghuni rumah. Namun, saya paling mengesyorkan ikan masin. Seterusnya, tunggu.

Cik Ti sudah terperangkap! Apa langkah seterusnya? Ikutilah gelagat nenek kesayangan saya: Jerang air dalam cerek yang bersiul-siul. Apabila sudah masak, jangan segan untuk menuangkannya di atas Cik Ti! Perasaan melihat Cik Ti yang diburu lama itu menggelupur pasti boleh membawa kepuasan. Mungkin ia tindakan sadis, tetapi anda akan berterima kasih kepada penulis apabila hidung kembang merasa kepuasan yang tidak terhingga itu nanti.

Anda vs Cik Muk
Ambil apa-apa aerosol yang ada di rumah anda, tidak kiralah Shieldtox atau Ridsect. Jikalau anda pencinta alam sekitar, cubalah yang mengandungi kurang Chloroflorocarbon atau CFC, walaupun saya kurang pasti jika sebarang kemungkinan wujud. Lagipun, pensyarah Kimia Dalam Atmosfera saya mengatakan bahawa "ozon adalah masalah lapuk sekarang"(sumpah, saya tidak meletakkan kata-kata dalam mulutnya).

Apa-apa pun, jangan semburkan ke udara. Sebaliknya, semburlah pada badan anda sendiri. Abang saya sendiri pernah melakukan perkara ini, dan beliau mengesahkan sukses langkah ini. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengalami sebarang kelukaan atau masalah kulit seperti kusta. Selamat cuba, dan selamat mandi!

Anda vs Cik Li
"Aaaaaaaah", pekik rakan anda. Uh-oh, Cik Li alert! Tahan keinginan anda untuk roll your eyes dan sebaliknya bantulah golongan yang memerlukan dengan cara ini: Lari dengan pantas untuk kejar Cik Li. Simpulan bahasa "lipas kudung" itu tidak akan membawa erti jika Cik Li tidak pantas berlari. Jadi, larilah, apa tunggu lagi?

Perangkap Cik Li dengan tangan, atau jika anda golongan yang mudah geli, gunakan khidmat tisu atau plastik. Pegang dengan erat, tetapi jangan sehingga memicit Cik Li sehingga ia mati. Kita idamkan sukses yang lebih manis, bukan? Apabila anda bersedia, cabutlah 2 sesungut Cik Li. Cik Li akan kelihatan sedikit hilang orientasi. Pada peringkat ini, anda boleh meminta rakan untuk mengambil gambar dengan SLR yang tergantung pada leher anda, atau dengan camera kodi Point & Shoot seperti yang dimiliki penulis dan paparkan ekspresi seceria mungkin.

Tapi, itu belum pengakhirnya lagi, saya ada langkah ultimate yang boleh membereskan semuanya. Takungkan air dalam singki, dan kemudian campak Cik Li dengan gaya bersahaja. Anda boleh tampak Cik Li berusaha tekun untuk lari ke atas, dan gagal. Tunggu sehingga Cik Li terapung dengan terbalik, dan anda akan tahu dengan pasti bahawa misi anda berjaya!

*****

Sekian sahaja tips-tips yang tidak seberapa daripada saya. Eh, tidak mungkin lah saya kejam sebegini. Jangan tuduh sebarangan. Saya bakal mengambil minor dalam Pembelajaran Alam Sekitar, tau! Saranan ini hanyalah hiburan dan acahan semata-mata, walaupun keadah-kaedah ini tidak dirangka dengan spontan (bermakna mereka benar dan sahih). Ah, tapi kadangkala adalah bagus untuk melepaskan segala inhibisi, tidak begitu? (",)

6 comments:

Anonymous said...

NJ i think u need to revamp your blog. it is painful to read thin but long columns. then again... u write so much u deserve a Pulitzer prize

adam j

Anonymous said...

cikgu aku suruh sembur ridsect kat kasut masa jungle trekking, takut digigit pacat..
aku cakap tak nak. aku nak tengok pacat hisap darah macam mana. haha

njahmat said...

adam j: how's minima stretch, now? is it better for the eyes? hahaha. btw, adoilah, i'm far from Pulitzer Prize lah. Click on "the keen observer" if you want that kind of standard. She's really good=)

ikrom: haha. ridsect can kill pacat, eh? i never knew. ppl always just use lighter bila nak bunuh. i've never kena hisap pacat lagi!

Syed Ali Rabbani said...

kau ni mmg. aku rasa kalau alien nak turun kat bumi pun dia tunggu kau tdo dulu.

Anna said...

*blushes*

Okay, blushes aside:

Cik Nurjannah,

Ini adalah satu artikel yang sangat menarik kerana ia (K.A. pasti akan marah kerana 'ia' tidak boleh digunakan untuk menggantikan kata nama yang tidak merujuk kepada orang) ditulis dalam Bahasa Melayu skema, iaitu Bahasa Melayu SPM. (This is getting very painful) Somehow, sarcasm works very, very well in B.M. x

Anonymous said...

Your BM masih mantap. Mine, for a fact, has deteriorated since the last 3-4 years ive been writing in BM baku. Ohh my first language is Sarawakian anyway. That shall put away my guilt for not being able to write as good --and as an amusing essay like this !!

Doesnt really mattter does it. Where ru going for spr Break NJ???

Post a Comment