Saturday, November 22, 2008

Ronald McDonald is Me

Abstrak
Edisi blog Nurjannah Iman Syaqirene Ahmat kali ini akan dikarang sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Ini adalah laporan ringkas tetapi penting tentang sesuatu penemuan diri yang agak mengejutkan. Beberapa gambar telah disertakan sebagai pemerhatian dan diharap dapat membantu anda dalam turut melihat penemuan istimewa ini.

Hipotesis: Kasut-kasut Nurjannah sering haus di hujung tumit kerana cara Nurjannah berjalan.

Inferens: Nurjannah mempunyai cara berjalan yang pelik.

Pembolehubah
a) dimalarkan:
Si pemakai kasut (Nurjannah)
b) dimanipulasi: Warna kasut, stail tumit kasut, jenis kasut (tutup atau terbuka, kasut sukan atau kewanitaan, kasual atau rasmi)
c) bergerak balas: Kehausan pada hujung tumit kasut

Kaedah:
1) Koleksi-moleksi kasut Nurjannah dibelek dan sepasang kasut dipilih.
2) Keadaan awal kasut dicatat (khususnya keadaan di tapak kasut).
3) Kasut dipakai oleh Nurjannah ke kelas, ke bandar Chicago, ke mana-mana dan segalanya.
4) Pemerhatian akhir dijalankan. Gambar turut diambil.
5) Langkah 1 hingga 4 diulang dengan kasut-kasut lain.

Pemerhatian:

Kasut 1

Kasut 2

Kasut 3


Kasut 4

Kasut 5

Kasut 6

Kasut 7

Kasut 8
Jika diperhatikan dengan teliti (minta maaf tentang penataan cahaya yang kurang baik dalam sesetengah gambar), semua kasut di atas mengalami kehausan di hujung tapak kasut, yakni di tumit. Ini konsisten tidak kira jenis apa kasut yang dipakai. Turut diperhatikan adalah bunyi seretan kaki apabila Nurjannah berjalan.

Kesimpulan: Nurjannah Iman Syaqirene Ahmat sesungguhnya mempunyai cara berjalan yang pelik. Ini mungkin akibat malas angkat kaki dan suka seret kaki di lantai. Dia boleh diumpamakan seperti Ronald McDonald yang gemar berjalan tumit dahulu.



5 comments:

Hidayah Zainudin said...

haha baru sedar ke nj??
i dah berkurun sedar dah, dari kys dulu. jalan mcm nak sapu lantai jek =p

Shazwan Azizan said...

kasut #6 kau dah jahanam doh.
buat malu je, NJ.

Anna said...

What a coincidence that I just woke up from a Kipli-(blessed? infested?) sleep! In my dream he told me how great my karangan was - after refraining from reporting it to the 'authorities' and choosing instead to perservere through my apparently complicated prose!

Your BM is still very good, eh? Impressive. :-)

Sarah Ramli said...

haha! a cute post!!

Anonymous said...

only an excuse to get new shoes! btw BM masih mantap la nj.

Post a Comment