Awak tau saya tak boleh nak kata tidak. Otak kata pergi, tapi hati membentak dan kata mari. Saya memang tak boleh. Tak tahan dan tak sanggup. Hendak tak hendak, saya layan jugak. Sebab saya pun ketagihkan apa yang awak boleh berikan, sebenarnya.
Hm, atau patut saya luahkan sebenarnya, saya teruskan perhubungan intim kita ini sebab saya masih tidak paham sepenuhnya diri awak. Saya nak kenali awak luar dan dalam. Saya mahu kenal awak macam saya kenal belakang tangan saya. Saya nak rasa perasaan syahdu bila sampai puncak klimaks itu, itu yang pasti.
Tiap-tiap kali awak sentuh saya, saya rasa macam kena kejutan elektrik bercas 7 voltan. Perasaan haru-biru, resah dan lemah semua terpa saya sekaligus. Saya tak tahu kenapa, memang kalau pandang wajah awak macam begini selalu, saya jadi bingung.
Degupan jantung tak payah cakaplah, memang pantas; kalah jaguh pecut Malaysia dulu, Watson Nyambek. Nafas saya? Fuh, jadi berat dan tersekat-sekat. Memang aktiviti-aktiviti bersama kita ganas. Ganas sangat. Dahsyat sangat. Saya tak tahu macamana nak terangkan kat orang segala apa yang telah awak lakukan terhadap saya; kesemua yang telah kita eksplorasi bersama.
Saya mengeluh. Saya menjerit. Kadang-kadang saya mengerang penuh pujaan, kadang-kadang saya mengerang perlahan dalam kesakitan. Saya cuba tukar banyak-banyak posisi dan perspektif. Tekak saya jadi kering, meskipun dah berbekalkan air botol dan coklat kegemaran kita bersama, Flipz. Saya pandang awak dengan tekun dan kerjakan awak dengan penuh taat.Tapi awak masih tak puas lagi kan?
Awak panggil pulak semua rakan-rakan dan orang kita berdua tak dikenali. Mula-mula kami beri layanan peribadi lagi istimewa, awak pulak mahu kami kerjasama puaskan nafsu dan kehendak awak yang seribu itu. Orgy kita memang meriah, sehinggakan kadang-kadang hampir semua orang di tingkat A itu nak turut serta. Setiap beberapa minit muncul bunyi "owh" dan "aah" panjang menyelubungi tingkat terkeji itu. Masing-masing ingat masing-masing dah puas dan sukses; semuanya dah beres.
Tapi saya tau awak pura-pura sahaja puas, atau acah-acah sahaja supaya kami gembira sebentar. Lepas itu, awak tunjuk kelibat awak yang sebenarnya dekat orang lain, terus semua orang hampa semula sebab awak masih nak kami berikan awak henjutan yang terbaik.
Harus saya akui, kalau awak dampingi saya malam-malam Rabu macam ini, saya gemar dengar lagu-lagu yang rancak dan catchy. Rancak dan pantas supaya saya juga boleh rancak dan pantas sehingga kita datang bersama, sayang. Hm, tambahan kalau lagu-lagu yang saya memang cintai macam "All For You" dendangan Sister Hazel, "Catch My Disease" oleh Ben Lee, "Be OK" dari Ingrid Michaelson, lagilah kaki saya hentak-hentak ikut rentak dan jiwa rasa lebih teruja untuk menguasai awak macam awak menguasai tubuh saya ini.
Tapi kenapa sayang, kenapa awak perlu jual mahal? Kenapa perlu awak buat hidup ini lebih sukar daripada yang sepatutnya? Kenapa awak perlu ada banyak sangat anu, sehingga saya kepala pusing nak fikir yang mana perlu saya dampingi dan rangsangkan dahulu? Awak memang pandai perangkap saya habiskan masa sekurang-kurangnya dari pukul 6 petang sampai pukul 2pagi dengan awak, kan? Awak memang.
Saya korbankan masa untuk bersama awak, tapi awak tak pernah beri ganjaran yang lebih memberangsangkan. Atau beri saya jawapan yang lebih pasti, jawapan yang lebih suci. Tolonglah, malam tadi saya rasa bangga dan gembira sangat dapat layan awak sorang-sorang untuk salah satu syarat awak yang melampau. 35minit untuk sampai ke penghujung cubaan kita, tau. Selalunya saya biarkan awak guna teknik pengunduran macam saya belajar dalam Biologi Tingkatan Empat sebelum dapat saya selesaikan.
Tapi malam tadi, entah kenapa saya biarkan diri saya teruskan. Jadi, harap-haraplah awak hadiahkan lebih tinggi dari 9.4/10 untuk prestasi saya. Saya mahu jadi unggul dari segi ini, sebab ini sahajalah yang dapat bantu saya teruskan kehidupan pada akhir hari.
Kalau tidak... Hmph, baik habiskan masa dengan kekasih malam saya yang lebih menarik.
Buat masa ini, selamat tidur kekasih gelap malam Rabuku.


p/s: Set masalah ekonomi lah. Kinky lah you!
10 comments:
HAHAHHA. That's a nice one NJ. Reminds of my sophomore year, I took an intermediate math based econ class similar to yours i think cuz mcm lebih kurang with what we learned. I hated it!
haha i tak paham memula ok!!!
saya lampi lately nih!
seriusly rase cm nak mati bace ur blog nie..nj...
haha.
i thought who was that guy that could be your kekasih malam rabu tu
ahaha
saje nak menguji tahap kekotoran otak orang kan :P
siuttt ah nj. aahaha
well done missy! :P
tipah tertipu. -_-'
35 minit? sekejap gile.. ;p
nadiah: hey you! Yeah, this is Elements of Economics II *kononnya say that with a flourish*.. I'm disappointed that we do less economic intuition tau. Sigh. Haha, 2 more of these courses, then go on to more discussion based ones. Hallelujah!
Kak day: Haha. tipulah u tak paham kak day? What happened to the kak Day I know? haha. you taulah i ni mmg blue sedikit. rindulah u. anyways, congrats for passing yr exams!
Anonymous: Kenapa nak mati?
kandaq: haha, well, the question should be siapa kekasih malam nj.. hahahha..
zyra: hehe. i tak menguji. i memang nak lead you guys on. that was the intention. thanks for reading, dear=) btw, u're doing accounting eh?
ikrom: bukan, bukan 35 minutes for all the questions. 35 minutes for 1 of the subquestions. Particularly 1e) kot. Haha. Or maybe more than 35 minutes.
oh haha. takpe, yang penting foreplay kena lama sikit. ermm, i mean..you need to take some time to comprehend the question. ahaks!
to echo nadiah (kteorg same kelas intermediate econ), all the best NJ! I know u can weather it! :D
Haha, bengong!
Post a Comment